BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, November 10, 2008

bEnGkEl 'dAlaM dIAm' 6 Nov 2008

Salam, bila tengok jew tajuk kat atas macam ye tak ye jew kan. Tapi mmg betol rabu lepas (6/11/2008) ibu hadiri 1 bengkel di PPWKL. Agak2 tau tak makna nya? Pejabat Pembangunan Wanita Kuala Lumpur.
Memula tu ibu nak pergi bengkel ni sebab nak penuh kan kuota kursus. Tahun ni tak pergi memana pon kan. So pegi ni pon sebab nak cukupkan syarat jew lah. Tapi tak sangka pula bengkel ni terlalu menarik. Rase macam tak cukup masa lak. Isu yang dibincangkan dalam Bengkel Dalam Diam : Isu Gender dan Hak-Hak Wanita. So ibu rase nak berkongsi lah ilmu yang ibu dapat disana.
Ibu terkilan sebab adik-adik ibu yang belum kawen tk berminat untuk mengikuti bengkel tu. Padahal ini lah ilmu2 yang perlu dipelajari sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Mungkin dorang pk benda ni tak penting. Sayang kan. Ibu rase ibu pon dah terlewat sangat untuk mengetahui segalanya tentang hak-hak wanita nih.
Kita wanita ni selalu sangat diperkotak - katik kan dengan kaum lelaki, bukan la ibu nak tunjuk kan yang ibu nih anti lelaki, hubby ibu ngan sikecik adif pon lelaki jugak kan. Tapi kengkadang tu lelaki ni keterlaluan sangat menggunakan kaum wanita nih.

0 comments: