BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, Disember 16, 2008

~**~hAri2 aKhiR taHun 2008~**~

Masa berlalu terlalu pantas, kadangkala bila dah terlepas baru kite terperasan apa yang dah terlepas, baru menyesal kenapa terlepas, baru tersedar kita dah ketinggalan. Itulah manusia, Manusia yang mudah lupa. Lupa pada hukum alam, lupa pada semuanya. Leka pada dunia yang penuh dengan pancaroba.
Diam tak diam kita makin melangkah ke satu tahun lagi, diam tak diam kita bakal meninggalkan tahun ini, diam tak diam banyak perkara yang kita azam kan saban tahun masih belum tercapai lagi. Diam tak diam azam lama berkubur dan azam baru kita tanam dan mungkin juga azam kita makin bertambah dek kerana azam yang lalu belum tertunai. Dan mungkin juga kita berazam untuk menunaikan azam yang belum pun tertunai.
Dalam tak berapa hari lagi tahun baru akan muncul, dalam tak berapa hari lagi perkara baru akan muncul, tapi kita seperti biasa masih lagi di takuk lama, hanya melihat tahun berganti tahun namun kita masih lagi tak berani untuk mengorak langkah. Masih tak berani lagi untuk menyuarakan pendapat sedangkan disekeliling kita telah pesat membangun.
Sedih dengan apa yang berlaku, runsing memikirkan apa yang bakal berlaku, bakal berlaku pada anak2 kita. apa yang bakal mereka hadapi sekiranya kita tak hadapinya dari sekarang. Apa yang bakal mereka lihat jika tak kita ubah dari sekarang...
entahlah... entah bila dunia akan aman, entah bila kita akan bersatu...

Jumaat, Disember 05, 2008

~miNgGu saKit SeKeLUArga~

~ mcm kene celop tepong ~

Tengok tajuk jew msti leh tau ape cite ibu kali nih kan. Cerita pasal orang sakit la. Minggu nih 2 hari jew ibu keje, khamis n jumaat. lagi 3 hari ibu cuti sebab jaga si adif yang kene chiken pox. Kesian la tengok nya. klu dah pandai cakap tak pe la kan, senang sikit kejenya, ni cakap pon tak tau gik, yang dia tau me ragam, nangis, lalak, dan sewaktu dengan nya... Runsing ibu, yelah dlu pon ibu kne masa umo 12 thn, dah kira besar tu kan, pon tak tahan miang. ni kan baru setahun jagung. lepas tu dok sibuk jaga sikecik adif, hubby pulak leh demam, suhu mmg tinggi r, ketar2 badan, nmpk mcm sejuk tpi sbb panas yang amat, sib baik la hubby demam sehari jew. mana tak nya mau kerat 2 badan ibu nih sebab nk kene layan 2 orang sakit yang lain ragamnya. adif lepak kat hall sbb luas kan so dia blh rase nyaman, hubby lak dok dalam bilik sbb kat luar sejuk. jadinya ibu la yang kedalam keluar nengok kan 2 beranak tu. mmg meletihkan tpi ibu redha...

pas sehari hubby sihat esoknya boleh tak ibu lak yang demam, agaknya sebab terkejar2 orang sakit, last2 ibu pon sakit hahahaha... hubby la pulak amek tugas jaga ibu ngan adif, syukur dapat hubby yang prihatin kan... alhamdulillah

so, 2 hari ibu kje nih, hubby lak amek cuti utk jaga adif, harap2 pas raya nih adif dah sihat untuk ke nursery. so pada kengkawan selaman menyambut aidil~adha. semoga berbahagia selalu dan beroleh kesihatan. ~amin~