Masa berlalu terlalu pantas, kadangkala bila dah terlepas baru kite terperasan apa yang dah terlepas, baru menyesal kenapa terlepas, baru tersedar kita dah ketinggalan. Itulah manusia, Manusia yang mudah lupa. Lupa pada hukum alam, lupa pada semuanya. Leka pada dunia yang penuh dengan pancaroba.
Diam tak diam kita makin melangkah ke satu tahun lagi, diam tak diam kita bakal meninggalkan tahun ini, diam tak diam banyak perkara yang kita azam kan saban tahun masih belum tercapai lagi. Diam tak diam azam lama berkubur dan azam baru kita tanam dan mungkin juga azam kita makin bertambah dek kerana azam yang lalu belum tertunai. Dan mungkin juga kita berazam untuk menunaikan azam yang belum pun tertunai.
Dalam tak berapa hari lagi tahun baru akan muncul, dalam tak berapa hari lagi perkara baru akan muncul, tapi kita seperti biasa masih lagi di takuk lama, hanya melihat tahun berganti tahun namun kita masih lagi tak berani untuk mengorak langkah. Masih tak berani lagi untuk menyuarakan pendapat sedangkan disekeliling kita telah pesat membangun.
Sedih dengan apa yang berlaku, runsing memikirkan apa yang bakal berlaku, bakal berlaku pada anak2 kita. apa yang bakal mereka hadapi sekiranya kita tak hadapinya dari sekarang. Apa yang bakal mereka lihat jika tak kita ubah dari sekarang...
entahlah... entah bila dunia akan aman, entah bila kita akan bersatu...
Selasa, Disember 16, 2008
~**~hAri2 aKhiR taHun 2008~**~
CeRitEra oLeh : sygDsyg at 3:38 PTG 0 comments
Labels: cEtuSan rASa
Jumaat, Disember 05, 2008
~miNgGu saKit SeKeLUArga~
CeRitEra oLeh : sygDsyg at 9:54 PG 0 comments
Labels: faMiLy'S stOry
Khamis, November 27, 2008
..Kisah Rombongan ke JOHOR...
Alkisah nyer citer nih cite last wek, dek kerana bz tahap landak, ibu tk dan nk corat-coret peristiwa yang berlaku masa ibu g johor arituh.
Ibu g johor sebab dok nganto adik ibu yang kecik (walaupon dah tinggi melangit) g lapor diri kat JPJ Jln Kebun Teh. Alkisahnya ibu pon se family merancang berjalan skali la alang2 dah smpi johor kan ( sambil menyelam minum air la kesnya ) Oleh kerana cuti sekolah skrg, ibu bgi la pendapat untuk bermalam di rumah pelawat tempat ibu keje. ( setiap negeri ada ) Awal2 gik dah booking, memang konpiden giler r ngan umah tu, sbb makcik yang jaga umah tu kata dah booking dan letak nama ibu dalam buku. Tup tap tiba masanya, bila ibu kol makcik tuh, dia leh kata
So, masa kat johor pon ibu tk g mana, cume lepak kat dataran johor sampai tengah malam pastu balik n tdo. Takde masa nk contact member2 lama yang kat johor tuh sebab masa terlalu suntuk... may be next time.
Gambo pulak len kali lah ibu upload, internet bengong r. gambo pon tk byk sbb tak larat melayan sikecik adif tuh. Adiossss
CeRitEra oLeh : sygDsyg at 3:18 PTG 0 comments
Isnin, November 10, 2008
bEnGkEl 'dAlaM dIAm' 6 Nov 2008
Salam, bila tengok jew tajuk kat atas macam ye tak ye jew kan. Tapi mmg betol rabu lepas (6/11/2008) ibu hadiri 1 bengkel di PPWKL. Agak2 tau tak makna nya? Pejabat Pembangunan Wanita Kuala Lumpur.
Memula tu ibu nak pergi bengkel ni sebab nak penuh kan kuota kursus. Tahun ni tak pergi memana pon kan. So pegi ni pon sebab nak cukupkan syarat jew lah. Tapi tak sangka pula bengkel ni terlalu menarik. Rase macam tak cukup masa lak. Isu yang dibincangkan dalam Bengkel Dalam Diam : Isu Gender dan Hak-Hak Wanita. So ibu rase nak berkongsi lah ilmu yang ibu dapat disana.
Ibu terkilan sebab adik-adik ibu yang belum kawen tk berminat untuk mengikuti bengkel tu. Padahal ini lah ilmu2 yang perlu dipelajari sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Mungkin dorang pk benda ni tak penting. Sayang kan. Ibu rase ibu pon dah terlewat sangat untuk mengetahui segalanya tentang hak-hak wanita nih.
Kita wanita ni selalu sangat diperkotak - katik kan dengan kaum lelaki, bukan la ibu nak tunjuk kan yang ibu nih anti lelaki, hubby ibu ngan sikecik adif pon lelaki jugak kan. Tapi kengkadang tu lelaki ni keterlaluan sangat menggunakan kaum wanita nih.
CeRitEra oLeh : sygDsyg at 12:09 PTG 0 comments
Rabu, November 05, 2008
.::JeJaka yAng biSa bUaTku hAru biRu::.
CeRitEra oLeh : sygDsyg at 1:51 PTG 0 comments
Labels: iBu + huBbY = aDif
sAlaM PerKenaLan
Salam,
Terlalu lama menimpan hasrat untuk memiliki blog seniri. Heheh bukan ape takut2 nanti tak ter'update' kot bersarang pulak kan. Tapi disebabkan keboringan yang amat sangat tercipta jugak lah blog ni.
Sebelum berceloteh panjang lebar, baik la perkenal kan diri dulu kan.
CeRitEra oLeh : sygDsyg at 11:47 PG 0 comments
Labels: MysElf