BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, Februari 28, 2011

Aku Di Duga

Salam dan Hai
Aku diDuga dan Aku redha . Diduga kerana Allah masih sayangkan Aku . Diduga mungkin kerana kealpaan aku dan Aku redha . Sekurang-kurangnya Dugaan ini mendekatkan lagi Aku kepada penciptaKu .
...
18Feb2011 [Jumaat]
Dugaan Aku bermula bila cikgu kat nursery kol masa lunch hour bagitau yang AH batuk tak henti dan badan panas . Aku bergegas ke nursery tpi alhamdulillah batuk da reda dan panas badan dah kebah [ padahal aku amek masa dlm 15-20 minit jew utk sampai nursery] alhamdulillah AH tade pape so, aku amek dia dan tengahari tu KAMI ke alamanda bertiga [bersama maklang AH]
19Feb2011[Sabtu]
5.00am AH batuk tanpa henti hinggakan susah untuk dia bernafas . Sungguh Aku tak sanggup untuk melihat keadaannya ketika itu . Jadi selepas berbincang ngan en AZ kami bergegas untuk ke emergency putrajaya . alhamdulillah ER kosong . kami terus ke triage dan dipanggil masuk kedalam . AH diberi neb' . walaupon menangis tpi hanya itu ubatnya . setenah jam berlalu AH kembali aktif . Doc membekalkan antibiotik dan PCM . Kami balik
20Feb2011[Ahad]
4.30am Sekali lagi AH diserang batuk tak henti . Aku jdi tk keruan melihat batuk yang berpanjangan dan nafasnya kembali laju . sesak barangkali . sekali lagi kami berbincang dan membawa kami ke emergency putrajaya . jarak yang biasa kami lalui terasa jauh . dalam kereta AH tidur barangkali kepenatan . Tiba di hospital kami terus masuk ke triage dan terus dibawa masuk ke ER . sekali lagi AH diberi neb . Selepas setengah jam doc datang check tpi nafasnya masih lagi weezing . sekali lagi AH diberi neb' . Kasihan tpi hanya itu jalan untuk meringankan nafasnya . Selepas neb' kali ke2 kami dibenarkan pulang . Dirumah AH seperti biasa cume nampak keletihan . mungkin angkara neb' .
21Feb2011[Isnin]
4.30am . aku bangun untuk buat sandwich , leka menyiapkan sandwich terdengar AH batuk panjang . terdetik di hati yang perkara sama akan berulang . runsing . ligat tangan aku menyiapkan kerja aku . en AZ terjaga dan memujuk AH dengan mendukung . mendodoi . AH mula merengek . siap kerja aku didapur aku mengambil alih AH dari en AZ . susukan AH tpi dia menolak . sekali lagi kami memutuskan untuk ke emergency . kami bersiap . kejutkan HA . beg baju AH juga kami siapkan manalah tahu kalau2 ditahan . itu detik hati Aku .
Bergegas ke emergency . perjalanan dirasakan sangat jauh . walaupon keadaan jalan masih lengang . AH tertidor kepenatan . Nafasnya laju . Sampai disana tiada siapa di bilik triage . Hati Aku makin berdebar . AH merengek tak henti . 5 minit kami menunggu dirasakan sangat lama . owh mereka solat rupanya . bila aku masuk kebilik triage . tanpa diperiksa mereka membawa kami masuk ER . katanya AH kene 'tarik' bila suhu badan diambil hanya 36.7 demam sikit . tk mungkin 'tarik' kata mereka yang bertugas . Doktor bertugas memeriksa AH . katanya ada jangkitan diparu2 dan neb' tidak diperlukan . jadinya kami hanya menunggu . darah diambil dan AH di Xray . Nafas AH makin sesak dan Doktor hanya buat 'drip' dan kami disuruh tunggu di wad emergency . Masa berlalu pantas . AH masih tidak minum sejak jam 4.30am . Jam ditangan sudah ke angka 8am . Kasihan 4 jam dah berlalu namun AH masih sama . merengek . Sayu melihat Ah begitu . selang 5 minit 'drip diberikan, seorang SN datang dan katanya tidap sedap hati dengan keadaan AH . Hati aku makin berdebar . Ya Allah apa yang sedang berlaku ini . Setelah diperiksa . Rupanya kandungan oksigen dalam paru2 AH makin berkurangan . Allahhu Akbar!! . Aku makin jadi tk keruan . Bergegas SN membawa kami ke katil pemeriksaan dan AH diberi oksigen . Doktor bertugas bertukar shift . Namun AH tiada tanda2 pulih . Doktor baru melihat keadaan AH makin teruk dan bertanya berapa kali neb diberikan pada AH . neb? untuk hari ni belum lagi diberikan jawabku . Doktor terbabit terperanjat dan neb terus diberikan . Owh kenapalah ini berlaku . Lebih 5 jam menunggu barulah neb diberikan . Separuh nyawa AH disitu . Terkilan dengan apa yang berlaku . Akhirnya doktor membuat kesimpulan yang AH akan ditahan kerana keadaan nya ketika itu kritikan . Allahhu Akbar!! .


AH beberapa minit selepas admitted di wad 2c katil 7



tangan kecilnya dicucuk

AH selepas ditukar ke bilik kritikal Wad 2C katil 16
tiub dimasukkan utk susu dimasukkan melalui hidung
AH dipuasakan, hanya 3 jam sekali untuk 1 aun susu


kaki kecilnya untuk mengambil bacaan kandungan oksigen dan degupan jantung

Apalah sikecil ini tahu . tak sanggup untuk Aku laluinya sekali lagi . cukup lah melihat penderitaan yang ditanggung selama 5 hari [21-25 Feb 2011] di bilik kritikal wad 2C katil 7 .
21feb2011 - fully support oksigen diberikan @ 2liter
@3pm - tiub dimasukkan dari hidung keperut bagi mengelakkan AH tersedak ketika minum yang memungkinkan menjadikan ia lebih teruk. dipuasakan dan hanya diberi minum melalui tiub 3 jam sekali . sungguh aku tak sanggup melihat AH menangis kelaparan T.T
22Feb2011
@6am nurse buat sucking[sedut kahak dihidung dan tekak] tangisan nya ... hurmmm
neb diberi 2 jam sekali
@12pm - tiub susu dibuka . alhamdulillah AH menyusu normal . syukur .
oksigen dikurang kepada 1 liter
@10pm - oksigen dikurang kan kpd 0.5 liter
23Feb2011
@4pm - bantuan oksigen ditanggalkan .
24Feb2011
@10am - nafas AH kembali laju . oksigen dipasang semula @ 0.5 liter
@3pm - oksigen off
25Feb2011
AH discharge
special thanks to doctors n nurses ward 2C, Hospital Putrajaya
pada yang datang melawat , mama . abah . along . kak sal n suami . zana . nadia . kak yam . pn raizam [thanks for the little pinky bear] . cc wani . thanks a lot . and wishes from mr Tan, really appreciate it . Thanks all .
































4 comments:

Tanpa Nama berkata...

num...sedihnya aku..
risau sangat kan if anak2 kita ni sakit..
macam ecah arituh pun..aku p ER..aku meleleh gak la kat situ..sebab dia dah lemah and then kena cucuk jarum nak masukkan ubat..

sabar la num..arini ari kau..esok lusa turn aku lak..bukan nak berdoa..sekarang ni budak2 senang sgt berjangkit
:,(

sygDsyg berkata...

intan, isk mintak jauh la . tayah amek turn ho k.

kne cucuk tgn dah leleh kan ko blh imagine tk bila kne masuk tiub dari idung terus ke perot . Tuhan saje yg tahu apa aku rase masa tu . dah la sorg2 sbb msa tu hubby da balik opis . pastu dipuasakan . menangis sbb lapo . tkleh nk direct bf . sangat2 sayu .

tp alhamdulillah semua dah berlalu .

AnaLyana berkata...

argghh siannye arissa.. airmata pun keluar dah ni..

sabar ye anum.. semuanya mesti ada hikmah. arissa budak yang kuat semangat. agresif. suka tgk dia aktif dan main-main ngan dani ari tu..

syukur arissa dah baik.. tapi dani still blom baik. ana hantar dia kat kampung. mak yang nak jaga. pastu nak bawak berubat cara kampung pulak..pulih semangat kata orang tua-tua..:)

sygDsyg berkata...

btol tu ana, arituh arissa pon pegi darul syifa' kat bangi tu . berubat . amek air wat mandi . ni pon rase mcm nk g skali lgi

harap2 dani cepat sembuh . nti ada jodoh leh jumpe ngan arissa lagik :D