BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, Mac 17, 2011

alone

Salam dan Hai.

Ye aku alone di opis . wah sangat - sangat buhhhsan bila bersendirian . semua org pon cuti . nama je cuti sekolah kan tpi yang lom kawen pon cuti [sbb nk bercuti ngan adik2 yg sekolah] yang da kawen tpi tade anak pon cuti . yang dah ada anak kompom2 la bercuti kan . tinggal la aku di opis ini menjadi penjaga . kes aku pulak, kene simpan cuti sebabnya anak aku sedang membesar . cuti adalah sangat-sangat penting . jadi lah penunggu opis wakakakaka

ok sebenarnya aku nakk sangat mintak pendapat kengkawan kat sini , sape2 yang ada pengalaman berhadapan ngan anak2 yang sedang meningkat umur . 6 tahun ke 10 tahun . bagi aku sangat2 susah nk melayan kerenah mereka . mcm mana patut melayan mereka . cara psikologi atau mcm dolu kala gune rotan . mana lebih menjadi? ok masalahnya aku dah cube guna dua-dua kaedah . cara halus dah kasar pon dah . dedua tk menjadi . masalahnya utk jam pertama ok tpi masuk jam kedua kembali pada yang asalnya . mereka bijak tpi tk tahan sgt nk layan kerenahnya . ditegur memberontak, tak ditegur pijak kepala . aku bukan lah nk mengaibkan sesiapa cuma aku kesian ngan anak2 kecil nih . mereka patut di bentuk kannn .


aku bagi contoh masalah yang aku hadapi ye .

kes1

nak suruh mandi pagi contohnya suruh A mandi [katanya nk jd no 1] tpi lambat sgt bertindak so B masuk mandi dulu . bila A tau yang B dah mandi dia jdi meroyan sebab dah tak boleh nk jdi no 1 . so mcm mna nk ckp ngan A? sebabnya A menangis+meroyan bgtau dia nk no 1 jugak . haiiihhhhhh . fenin2 .

kes2

mintak permission nk g rombongan, memula parents tk kasi ngan alasan nti masa darjah 6 parents kasi pegi . so nangis jugakkkk . parents pon pening kepala so tukar fikiran . pegi la nak, meh borang nk sign . si anak menangis lagik . katanya kan parents tk kasi pegi, kne pegi masa darjah 6 nanti . parents dah pening yg amat . ok2 boleh pegi nti masa darjah 6 lain cerita . si anak menangis lagik katanya kan parents tak kasi pegi kene pergi masa darjah 6 . so last2 parents tya nk g sekarang ke g masa darjah 6? si anak jawab g masa darjah 6 . ok fine . tpi si anak nangis lagik . parents tya kenapa? si anak jwb nk g rombongan . parents kata pegi lah . si anak jwb parents kan tak kasi pegi kene pegi masa darjah 6 . haihhhhhh sampai bila kah begini? apa perlu aku buat utk selesaikan masalah TAK FAHAM BAHASA?
atau kes diatas adalah kerana kurangnya perhatian kah?? rase dah terlebih perhatian . sian kat parents nya sian kan anaknya dan kesian pada mereka2 yang terlibat . dan tujuan aku menulis ni pon bukan nak aibkan sesapa cume mencari jalan penyelesaian . sekian . harap sangat dengan pandangan kawan2 . terima kasih .


2 comments:

Tanpa Nama berkata...

huhuhuhu..
aku takde pengalaman lagi..
tapi bila aku baca kajian kes ko tuh..mmg mencabar gak minda aku

sygDsyg berkata...

intan . huhu tu bru secubit kes tau . klu nk cerita mau berkoyan2 page aku gune hehehhe