BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, April 30, 2012

dia pergi jua ...

Salam dan Hai .

Allah lebih sayangkan kaklong . tanggal 26.4.2012 jam 3.20 kaklong telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi emak, suami, anak2 dan juga adik beradik serta ipar duai . alhamdulillah arwah pergi dengan tenang dan dipermudahkan . syukur . moga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman amin ... 

25.4.2012 @ 1.45pm aku dapat panggilan dari mak yang mengatakan arwah langsung tiada respond bila namanya dipanggil . lemah lutut bila dapat khabar begitu . adik beradik yang lain semuanya dekat cume aku saja yang tertulis rezeki di bumi Allah Putrajaya . terus maklum pada enAZ utk terus pulang ke melaka ... sungguh jantung ku berdegup kencang . masakan tidak last week arwah dihospital sihat walaupun aku tk dpt menjenguk ketika sihatnya tapi aku ada jugak tanya khabar berita melalui mak . tak sangka tetiba dapat panggilan dari mak tengahari tuh .
bertolak balik ke melaka dan sampai dalam jam 5.30 ptg . Tuhan saja yg tahu ape perasaan aku tika itu ... tk terucap dan bila terpandang muka emak, tangisku bermula . aku speechless . tk tahu nak katakan apa ngan keadaan arwah ketika itu . hanya mampu berdoa 

"Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tham-min bil hairi" 
Ya Allah Kau permudahkan ... jangan Kau susahkan, Ya Allah kau akhirkan dengan kebaikan"
hanya ini yg dapat aku bantu ... hanya ayat ini yg membasahi bibirku ... ptg tu masa kakak ipar amek tekanan darah, mesih tk boleh baca, terlalu rendah tekanannya . maka kami kena bersiap sedia dengan apa yang mungkin berlaku . kami kene redha dan kene kuat untuk anak2 arwah . 
aku berkesempatan menjaga arwah dan menghantar kalimah2 ALLAH . sehingga pagi . tika jam 3 pagi nafas arwah makin pendek dan makin perlahan . emak kata da sampai tikanya . aku diarah untuk mengejut anak2 arwah, dan adik beradik aku ... kami semua berada disisi arwah hingga saatnya arwah menghembuh nafasnya yang terakhir . MasyaAllah , mudahnya pemergiannya . moga arwah ditempatkan semulia tempat disana atas redhanya suami dan emak yang menjaga arwah selama ini . 

arwah selamat kebumi pada 11.00pg 26.4.2012 ... kini segalanya tinggal kenangan ... kenangan terindah ... moga arwah kaklong bersemadi aman disana . semoga semangatnya kekal bersama anak2 dan suami juga kami adik beradik ... al-fatihah


kaklong pada family day mei 2011


kaklong okt 1975 - april 2012 dalam kenangan ...




4 comments:

♥ Cik N ♥ berkata...

salam takziah buat kak anum n family.. diharap dapat bersabar yea.. huhu

sygDsyg berkata...

thanks ain

AmoY berkata...

Num maaf ari ni br ako bc blog ko dan baru tau kak long dh xde...takziah num moga kak long ditmpt dkalangan org yg beriman amin

Tanpa Nama berkata...

alfatihah untuk kak long. sedih nya num. anak2 dia kecik lagi..

semoga keluarga nya tabah!