BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, November 27, 2008

..Kisah Rombongan ke JOHOR...

Alkisah nyer citer nih cite last wek, dek kerana bz tahap landak, ibu tk dan nk corat-coret peristiwa yang berlaku masa ibu g johor arituh.
Ibu g johor sebab dok nganto adik ibu yang kecik (walaupon dah tinggi melangit) g lapor diri kat JPJ Jln Kebun Teh. Alkisahnya ibu pon se family merancang berjalan skali la alang2 dah smpi johor kan ( sambil menyelam minum air la kesnya ) Oleh kerana cuti sekolah skrg, ibu bgi la pendapat untuk bermalam di rumah pelawat tempat ibu keje. ( setiap negeri ada ) Awal2 gik dah booking, memang konpiden giler r ngan umah tu, sbb makcik yang jaga umah tu kata dah booking dan letak nama ibu dalam buku. Tup tap tiba masanya, bila ibu kol makcik tuh, dia leh kata

bila awk booking.... sebab sekarang umah ni dah ada orang check in pagi tadi
tak hangin satu badan ke??? hampeh . . .sakit la jiwa ibu... rase nak eiiii... pastu boleh pulak dia bg idea carik hotel kat bandar. Aduissss mmg menyakitkan ati ibu. kol seri malaysia penuh, kan cuti sekolah kan, sure la penuh. Dengan hati yg pedih carik gak la hotel budget. At last jumpe gak hotel yang ntah ade ke tak bintang nyew, tak pe lah janji dapat tdo, n anak selesa. hampeh tol makcik tuh. Blh plak offer umah dia, konon rase bersalah la, walhal dah menyusahkan ibu se family. (2 kete tuh, tk kan nk tumpang umah org) Pas ni tk hingin la gi dok umah tu. . . bior la booking seri Malaysia. At least, bila booking for sure ada bilik yang kita booking kan...
So, masa kat johor pon ibu tk g mana, cume lepak kat dataran johor sampai tengah malam pastu balik n tdo. Takde masa nk contact member2 lama yang kat johor tuh sebab masa terlalu suntuk... may be next time.
Gambo pulak len kali lah ibu upload, internet bengong r. gambo pon tk byk sbb tak larat melayan sikecik adif tuh. Adiossss

Isnin, November 10, 2008

bEnGkEl 'dAlaM dIAm' 6 Nov 2008

Salam, bila tengok jew tajuk kat atas macam ye tak ye jew kan. Tapi mmg betol rabu lepas (6/11/2008) ibu hadiri 1 bengkel di PPWKL. Agak2 tau tak makna nya? Pejabat Pembangunan Wanita Kuala Lumpur.
Memula tu ibu nak pergi bengkel ni sebab nak penuh kan kuota kursus. Tahun ni tak pergi memana pon kan. So pegi ni pon sebab nak cukupkan syarat jew lah. Tapi tak sangka pula bengkel ni terlalu menarik. Rase macam tak cukup masa lak. Isu yang dibincangkan dalam Bengkel Dalam Diam : Isu Gender dan Hak-Hak Wanita. So ibu rase nak berkongsi lah ilmu yang ibu dapat disana.
Ibu terkilan sebab adik-adik ibu yang belum kawen tk berminat untuk mengikuti bengkel tu. Padahal ini lah ilmu2 yang perlu dipelajari sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Mungkin dorang pk benda ni tak penting. Sayang kan. Ibu rase ibu pon dah terlewat sangat untuk mengetahui segalanya tentang hak-hak wanita nih.
Kita wanita ni selalu sangat diperkotak - katik kan dengan kaum lelaki, bukan la ibu nak tunjuk kan yang ibu nih anti lelaki, hubby ibu ngan sikecik adif pon lelaki jugak kan. Tapi kengkadang tu lelaki ni keterlaluan sangat menggunakan kaum wanita nih.

Rabu, November 05, 2008

.::JeJaka yAng biSa bUaTku hAru biRu::.


Perkenalkan Family ibu. "My eVerLasting Luv"


JeJaka yang Buat hati ibu gundah gulaNa. Kadangkala buat ibu nangis kadangkala buat ibu tergelak. Kalau yang kecik tak buat perangai yang beso lak buat perangi tapi kalau yang beso lak ok sikecik lak macam2 hal dibuatnye. mana tak haru biru jadinye ibu nih. Tak terlarat rasenye ibu menanggung. Tapi bila deduanye tade depan mata lagi la gundah gulana ibu rase. Bila dikenang-kenang kan semula sekejap jew masa berlalu. Dulu ibu ada sorang jew body guard tapi sekarang dah ade 2 orang body guard. Memang seronok sangat dan memang memenatkan juga.

..::Kisahnya bermula disini::..
Ibu jumpe hubby tahun 2002 masa memula masuk keje. 1 opis kan.. Dipendek cerita ibu kenal 14/11/2002 dan berkawan pastu 14/11/2003 ibu couple ;P pastu 18/6/2005 ibu bertunang dan 1/4/2006 'aprilfooollll' Ibu nikah. Alhamdulillah. Hubby ibu nih ringan tulang, suke sangat membantu ibu buat kerja-kerja rumah. Ringan sikit la beban ibu dirumah sbb kerja rumah pon kami kongsi bersama. So kalau ibu gaduh ngan hubby, mesti cepat2 ingat benda2 baik yang dia dh buat kat ibu. So masa tuh terus tak rase nak marah dah. ...

Sikecik ibu pulak baru berusia setahun 9 bulan(6/2/2007). Bulan 2 tahun depan genap la 2 tahun. Hadif Azfar namanya. Macam-macam ragam dh dia tunjuk... Layan jew lah. Sape lagik klu bukan ibu yang kene melayan kan. seronok melayan tpi cepat panas sebab budak setahun jagung ape yang dia paham, ibu marah pon dia gelak... Well si kecik ibu nih lambat sket cakap, now nih dia blh cakap yang simple2 jew cth. ayah ,ibu tk pandai gik :( bye , school, cicak( soooo cute bila dia sebut cicak) pastu yg lelen bahasa germen dia r. hahahhaah kengkadang nk tegelak dgr bahasa dia. lagik satu adif ni suke nyanyi, mendayu2 bila menyanyi dan suke gak bergambar.heheh mcm ibu dia r.

Ok lah buat masa nih. Sekadar pengenalan. Nanti ibu cerita lagik perkembangan keluarga ibu dimasa-masa akan datang. Adios... Salam...

sAlaM PerKenaLan

Salam,
Terlalu lama menimpan hasrat untuk memiliki blog seniri. Heheh bukan ape takut2 nanti tak ter'update' kot bersarang pulak kan. Tapi disebabkan keboringan yang amat sangat tercipta jugak lah blog ni.
Sebelum berceloteh panjang lebar, baik la perkenal kan diri dulu kan.

Saya seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang adik dan seorang kakak juga seorang pekerja
Heee salam perkenalan...