BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, Februari 28, 2011

Aku Di Duga

Salam dan Hai
Aku diDuga dan Aku redha . Diduga kerana Allah masih sayangkan Aku . Diduga mungkin kerana kealpaan aku dan Aku redha . Sekurang-kurangnya Dugaan ini mendekatkan lagi Aku kepada penciptaKu .
...
18Feb2011 [Jumaat]
Dugaan Aku bermula bila cikgu kat nursery kol masa lunch hour bagitau yang AH batuk tak henti dan badan panas . Aku bergegas ke nursery tpi alhamdulillah batuk da reda dan panas badan dah kebah [ padahal aku amek masa dlm 15-20 minit jew utk sampai nursery] alhamdulillah AH tade pape so, aku amek dia dan tengahari tu KAMI ke alamanda bertiga [bersama maklang AH]
19Feb2011[Sabtu]
5.00am AH batuk tanpa henti hinggakan susah untuk dia bernafas . Sungguh Aku tak sanggup untuk melihat keadaannya ketika itu . Jadi selepas berbincang ngan en AZ kami bergegas untuk ke emergency putrajaya . alhamdulillah ER kosong . kami terus ke triage dan dipanggil masuk kedalam . AH diberi neb' . walaupon menangis tpi hanya itu ubatnya . setenah jam berlalu AH kembali aktif . Doc membekalkan antibiotik dan PCM . Kami balik
20Feb2011[Ahad]
4.30am Sekali lagi AH diserang batuk tak henti . Aku jdi tk keruan melihat batuk yang berpanjangan dan nafasnya kembali laju . sesak barangkali . sekali lagi kami berbincang dan membawa kami ke emergency putrajaya . jarak yang biasa kami lalui terasa jauh . dalam kereta AH tidur barangkali kepenatan . Tiba di hospital kami terus masuk ke triage dan terus dibawa masuk ke ER . sekali lagi AH diberi neb . Selepas setengah jam doc datang check tpi nafasnya masih lagi weezing . sekali lagi AH diberi neb' . Kasihan tpi hanya itu jalan untuk meringankan nafasnya . Selepas neb' kali ke2 kami dibenarkan pulang . Dirumah AH seperti biasa cume nampak keletihan . mungkin angkara neb' .
21Feb2011[Isnin]
4.30am . aku bangun untuk buat sandwich , leka menyiapkan sandwich terdengar AH batuk panjang . terdetik di hati yang perkara sama akan berulang . runsing . ligat tangan aku menyiapkan kerja aku . en AZ terjaga dan memujuk AH dengan mendukung . mendodoi . AH mula merengek . siap kerja aku didapur aku mengambil alih AH dari en AZ . susukan AH tpi dia menolak . sekali lagi kami memutuskan untuk ke emergency . kami bersiap . kejutkan HA . beg baju AH juga kami siapkan manalah tahu kalau2 ditahan . itu detik hati Aku .
Bergegas ke emergency . perjalanan dirasakan sangat jauh . walaupon keadaan jalan masih lengang . AH tertidor kepenatan . Nafasnya laju . Sampai disana tiada siapa di bilik triage . Hati Aku makin berdebar . AH merengek tak henti . 5 minit kami menunggu dirasakan sangat lama . owh mereka solat rupanya . bila aku masuk kebilik triage . tanpa diperiksa mereka membawa kami masuk ER . katanya AH kene 'tarik' bila suhu badan diambil hanya 36.7 demam sikit . tk mungkin 'tarik' kata mereka yang bertugas . Doktor bertugas memeriksa AH . katanya ada jangkitan diparu2 dan neb' tidak diperlukan . jadinya kami hanya menunggu . darah diambil dan AH di Xray . Nafas AH makin sesak dan Doktor hanya buat 'drip' dan kami disuruh tunggu di wad emergency . Masa berlalu pantas . AH masih tidak minum sejak jam 4.30am . Jam ditangan sudah ke angka 8am . Kasihan 4 jam dah berlalu namun AH masih sama . merengek . Sayu melihat Ah begitu . selang 5 minit 'drip diberikan, seorang SN datang dan katanya tidap sedap hati dengan keadaan AH . Hati aku makin berdebar . Ya Allah apa yang sedang berlaku ini . Setelah diperiksa . Rupanya kandungan oksigen dalam paru2 AH makin berkurangan . Allahhu Akbar!! . Aku makin jadi tk keruan . Bergegas SN membawa kami ke katil pemeriksaan dan AH diberi oksigen . Doktor bertugas bertukar shift . Namun AH tiada tanda2 pulih . Doktor baru melihat keadaan AH makin teruk dan bertanya berapa kali neb diberikan pada AH . neb? untuk hari ni belum lagi diberikan jawabku . Doktor terbabit terperanjat dan neb terus diberikan . Owh kenapalah ini berlaku . Lebih 5 jam menunggu barulah neb diberikan . Separuh nyawa AH disitu . Terkilan dengan apa yang berlaku . Akhirnya doktor membuat kesimpulan yang AH akan ditahan kerana keadaan nya ketika itu kritikan . Allahhu Akbar!! .


AH beberapa minit selepas admitted di wad 2c katil 7



tangan kecilnya dicucuk

AH selepas ditukar ke bilik kritikal Wad 2C katil 16
tiub dimasukkan utk susu dimasukkan melalui hidung
AH dipuasakan, hanya 3 jam sekali untuk 1 aun susu


kaki kecilnya untuk mengambil bacaan kandungan oksigen dan degupan jantung

Apalah sikecil ini tahu . tak sanggup untuk Aku laluinya sekali lagi . cukup lah melihat penderitaan yang ditanggung selama 5 hari [21-25 Feb 2011] di bilik kritikal wad 2C katil 7 .
21feb2011 - fully support oksigen diberikan @ 2liter
@3pm - tiub dimasukkan dari hidung keperut bagi mengelakkan AH tersedak ketika minum yang memungkinkan menjadikan ia lebih teruk. dipuasakan dan hanya diberi minum melalui tiub 3 jam sekali . sungguh aku tak sanggup melihat AH menangis kelaparan T.T
22Feb2011
@6am nurse buat sucking[sedut kahak dihidung dan tekak] tangisan nya ... hurmmm
neb diberi 2 jam sekali
@12pm - tiub susu dibuka . alhamdulillah AH menyusu normal . syukur .
oksigen dikurang kepada 1 liter
@10pm - oksigen dikurang kan kpd 0.5 liter
23Feb2011
@4pm - bantuan oksigen ditanggalkan .
24Feb2011
@10am - nafas AH kembali laju . oksigen dipasang semula @ 0.5 liter
@3pm - oksigen off
25Feb2011
AH discharge
special thanks to doctors n nurses ward 2C, Hospital Putrajaya
pada yang datang melawat , mama . abah . along . kak sal n suami . zana . nadia . kak yam . pn raizam [thanks for the little pinky bear] . cc wani . thanks a lot . and wishes from mr Tan, really appreciate it . Thanks all .
































Isnin, Februari 07, 2011

Celebrating birthday boy

Salam dan Hai
Tanggal 06.02.2011 @ 5.45pm kami keluar meraikan ulangtahun HA . ye anak bujangku kini menjangkau ke angka 4 . terlalu cepat masa berlalu seakan baru semalam belajar bertatih . kenangan terindah . sangat2 indah . moga aku diberi kesempatan untuk melihat sendiri perkembangan usianya . moga aku diberi peluang untuk melihat sendiri pertambahan umurnya .
Seperti sukar untuk dipercayai tapi inilah kebenarannya . Semalam bila ditanya oleh ayah,
ayah : adif nak mkn kat mana?
adif : burger lah ayah

bila untuk buat pusingan U , terpandang oleh matanya PIZZA HUT!

adif : makan pizza la ayah . tak pernah makan pizza [amboi2 statement]
ayah : hah? kata nk burger?
ibu : pizza tutup la adif
adif : hurmmmmmm
sambil melepasi PIZZA HUT dan sampai ke KFC

adif : burger la ayah
ayah : [sian la pulak] ok lah last jwp nak burger ke pizza?
adif : la pizza kan tutup , burger jew lah
ibu : hihihi padan muka kita, anak kita da besar ho k
akhirnya ke KFC la kami
HA sangat2 la behave nya [b'day boy kan] adik mmg behave pon ;D
menu kami ---->


cakkk!! tak nampak apa pon ibu . [lam iklan kan nmpk ikan ;p]

ibu pon nk try gak . peaceee!!

adif : ibu nampak ape??

AH pon nk jugak bolat mata memandang ye??


tak ketinggalan my beloved [ mana mata?]

habis makan kami giant nilai untuk melayan HA dan AH memenatkan badan . supaya balik nanti mereka cepat lena [takde maknanya der, kol 11 gak lelap matanya]





kecelaruan emosi


Salam dan Hai,

Tika ini emosi aku bercelaru , mulanya gembira menghayati betapa kelam kabutnya seorang ibu melayan karenah puteri dan puteranya . Sungguh indah kan walaupun terkadang naik angin dibuatnya . Satu ketika sedih bila menyelami perasaan ibu dan ayah yang kehilangan cahayamata . kedua2 nya buat aku jadi tak keruan . Kesannya lebih mendalam . emosi aku juga terganggu . Mengalir airmata bila mengenangkan apa yang dah aku lakukan pada HA . Betapa bertuahnya aku dapat melihat anak2 membesar didepan mata . Syukur alhamdulillah .



~06.02.2011~

HA genap 4 tahun . pejam celik HA telah menjangkau angka 4 . Masih terasa sakit untuk mengeluarkannya dulu . Kenangan yang tak mungkin aku lupakan . Betapa aku bersyukur . Betapa aku bertuah untu melihat dia membesar didepan mata .


06.02.2011 jatuh pada hari Ahad dan aku mengambil kesempatan untuk meraikannya walau tanpa kek (sambut awal dikampung) kami keluar dan makan dan ke playground sahaja . itu jew yang aku mampu ;P




birthday boy



HA seorang anak yang bijak dan seharusnya budak bijak itu budak yang nakal :D . aku bersyukur kerana dikurniakan anak yang bijak . anak yang sihat dan moga2 menjadi anak yang soleh . aminnn .
Ulangtahun HA aku sambut di melaka . kebetulan bercuti Chinese New Year . aku ambil kesempatan untuk meraikannya bersama sepupu2 HA di Melaka . ye walaupon bukan semua yang ada tapi tetap meriah :D


~fira~qila~HA~diha~

kali ni ayah dapat interframe skali :P