Aku diDuga dan Aku redha . Diduga kerana Allah masih sayangkan Aku . Diduga mungkin kerana kealpaan aku dan Aku redha . Sekurang-kurangnya Dugaan ini mendekatkan lagi Aku kepada penciptaKu .
...
18Feb2011 [Jumaat]
Dugaan Aku bermula bila cikgu kat nursery kol masa lunch hour bagitau yang AH batuk tak henti dan badan panas . Aku bergegas ke nursery tpi alhamdulillah batuk da reda dan panas badan dah kebah [ padahal aku amek masa dlm 15-20 minit jew utk sampai nursery] alhamdulillah AH tade pape so, aku amek dia dan tengahari tu KAMI ke alamanda bertiga [bersama maklang AH]
19Feb2011[Sabtu]
5.00am AH batuk tanpa henti hinggakan susah untuk dia bernafas . Sungguh Aku tak sanggup untuk melihat keadaannya ketika itu . Jadi selepas berbincang ngan en AZ kami bergegas untuk ke emergency putrajaya . alhamdulillah ER kosong . kami terus ke triage dan dipanggil masuk kedalam . AH diberi neb' . walaupon menangis tpi hanya itu ubatnya . setenah jam berlalu AH kembali aktif . Doc membekalkan antibiotik dan PCM . Kami balik
20Feb2011[Ahad]
4.30am Sekali lagi AH diserang batuk tak henti . Aku jdi tk keruan melihat batuk yang berpanjangan dan nafasnya kembali laju . sesak barangkali . sekali lagi kami berbincang dan membawa kami ke emergency putrajaya . jarak yang biasa kami lalui terasa jauh . dalam kereta AH tidur barangkali kepenatan . Tiba di hospital kami terus masuk ke triage dan terus dibawa masuk ke ER . sekali lagi AH diberi neb . Selepas setengah jam doc datang check tpi nafasnya masih lagi weezing . sekali lagi AH diberi neb' . Kasihan tpi hanya itu jalan untuk meringankan nafasnya . Selepas neb' kali ke2 kami dibenarkan pulang . Dirumah AH seperti biasa cume nampak keletihan . mungkin angkara neb' .
21Feb2011[Isnin]
4.30am . aku bangun untuk buat sandwich , leka menyiapkan sandwich terdengar AH batuk panjang . terdetik di hati yang perkara sama akan berulang . runsing . ligat tangan aku menyiapkan kerja aku . en AZ terjaga dan memujuk AH dengan mendukung . mendodoi . AH mula merengek . siap kerja aku didapur aku mengambil alih AH dari en AZ . susukan AH tpi dia menolak . sekali lagi kami memutuskan untuk ke emergency . kami bersiap . kejutkan HA . beg baju AH juga kami siapkan manalah tahu kalau2 ditahan . itu detik hati Aku .
Bergegas ke emergency . perjalanan dirasakan sangat jauh . walaupon keadaan jalan masih lengang . AH tertidor kepenatan . Nafasnya laju . Sampai disana tiada siapa di bilik triage . Hati Aku makin berdebar . AH merengek tak henti . 5 minit kami menunggu dirasakan sangat lama . owh mereka solat rupanya . bila aku masuk kebilik triage . tanpa diperiksa mereka membawa kami masuk ER . katanya AH kene 'tarik' bila suhu badan diambil hanya 36.7 demam sikit . tk mungkin 'tarik' kata mereka yang bertugas . Doktor bertugas memeriksa AH . katanya ada jangkitan diparu2 dan neb' tidak diperlukan . jadinya kami hanya menunggu . darah diambil dan AH di Xray . Nafas AH makin sesak dan Doktor hanya buat 'drip' dan kami disuruh tunggu di wad emergency . Masa berlalu pantas . AH masih tidak minum sejak jam 4.30am . Jam ditangan sudah ke angka 8am . Kasihan 4 jam dah berlalu namun AH masih sama . merengek . Sayu melihat Ah begitu . selang 5 minit 'drip diberikan, seorang SN datang dan katanya tidap sedap hati dengan keadaan AH . Hati aku makin berdebar . Ya Allah apa yang sedang berlaku ini . Setelah diperiksa . Rupanya kandungan oksigen dalam paru2 AH makin berkurangan . Allahhu Akbar!! . Aku makin jadi tk keruan . Bergegas SN membawa kami ke katil pemeriksaan dan AH diberi oksigen . Doktor bertugas bertukar shift . Namun AH tiada tanda2 pulih . Doktor baru melihat keadaan AH makin teruk dan bertanya berapa kali neb diberikan pada AH . neb? untuk hari ni belum lagi diberikan jawabku . Doktor terbabit terperanjat dan neb terus diberikan . Owh kenapalah ini berlaku . Lebih 5 jam menunggu barulah neb diberikan . Separuh nyawa AH disitu . Terkilan dengan apa yang berlaku . Akhirnya doktor membuat kesimpulan yang AH akan ditahan kerana keadaan nya ketika itu kritikan . Allahhu Akbar!! .
AH beberapa minit selepas admitted di wad 2c katil 7
tangan kecilnya dicucuk
AH selepas ditukar ke bilik kritikal Wad 2C katil 16 tiub dimasukkan utk susu dimasukkan melalui hidung AH dipuasakan, hanya 3 jam sekali untuk 1 aun susu
kaki kecilnya untuk mengambil bacaan kandungan oksigen dan degupan jantungApalah sikecil ini tahu . tak sanggup untuk Aku laluinya sekali lagi . cukup lah melihat penderitaan yang ditanggung selama 5 hari [21-25 Feb 2011] di bilik kritikal wad 2C katil 7 .
21feb2011 - fully support oksigen diberikan @ 2liter
@3pm - tiub dimasukkan dari hidung keperut bagi mengelakkan AH tersedak ketika minum yang memungkinkan menjadikan ia lebih teruk. dipuasakan dan hanya diberi minum melalui tiub 3 jam sekali . sungguh aku tak sanggup melihat AH menangis kelaparan T.T
22Feb2011
@6am nurse buat sucking[sedut kahak dihidung dan tekak] tangisan nya ... hurmmm
neb diberi 2 jam sekali
@12pm - tiub susu dibuka . alhamdulillah AH menyusu normal . syukur .
oksigen dikurang kepada 1 liter
@10pm - oksigen dikurang kan kpd 0.5 liter
23Feb2011
@4pm - bantuan oksigen ditanggalkan .
24Feb2011
@10am - nafas AH kembali laju . oksigen dipasang semula @ 0.5 liter
@3pm - oksigen off
25Feb2011
AH discharge
special thanks to doctors n nurses ward 2C, Hospital Putrajaya
pada yang datang melawat , mama . abah . along . kak sal n suami . zana . nadia . kak yam . pn raizam [thanks for the little pinky bear] . cc wani . thanks a lot . and wishes from mr Tan, really appreciate it . Thanks all .
