Salam dan Hai,
Tika ini emosi aku bercelaru , mulanya gembira menghayati betapa kelam kabutnya seorang ibu melayan karenah puteri dan puteranya . Sungguh indah kan walaupun terkadang naik angin dibuatnya . Satu ketika sedih bila menyelami perasaan ibu dan ayah yang kehilangan cahayamata . kedua2 nya buat aku jadi tak keruan . Kesannya lebih mendalam . emosi aku juga terganggu . Mengalir airmata bila mengenangkan apa yang dah aku lakukan pada HA . Betapa bertuahnya aku dapat melihat anak2 membesar didepan mata . Syukur alhamdulillah .
~06.02.2011~
HA genap 4 tahun . pejam celik HA telah menjangkau angka 4 . Masih terasa sakit untuk mengeluarkannya dulu . Kenangan yang tak mungkin aku lupakan . Betapa aku bersyukur . Betapa aku bertuah untu melihat dia membesar didepan mata .
06.02.2011 jatuh pada hari Ahad dan aku mengambil kesempatan untuk meraikannya walau tanpa kek (sambut awal dikampung) kami keluar dan makan dan ke playground sahaja . itu jew yang aku mampu ;P
birthday boy
HA seorang anak yang bijak dan seharusnya budak bijak itu budak yang nakal :D . aku bersyukur kerana dikurniakan anak yang bijak . anak yang sihat dan moga2 menjadi anak yang soleh . aminnn .
Ulangtahun HA aku sambut di melaka . kebetulan bercuti Chinese New Year . aku ambil kesempatan untuk meraikannya bersama sepupu2 HA di Melaka . ye walaupon bukan semua yang ada tapi tetap meriah :D
~fira~qila~HA~diha~
kali ni ayah dapat interframe skali :P
0 comments:
Catat Ulasan